Salam Kenal , Be Sempoi

Assalam dan selamat sejahtera,

Hari ini aku muncul semula setelah sekian lama hilang dari alam siber. 

Kononnya nak menulis semula dan berkongsi pengalaman hidup.  

Temanya : Perjuangan - perjuangan memulihkan penyakit, perjuangan cari duit, perjuangan membantu orang sakit.

Perkara lain , korang bacalah kat sini setiap hari atau setiap minggu.

Be Sempoi adalah nama blog ni , Sempoi nama pena aku, Be tu perkataan Inggeris. Mungkin membawa maksud 'akan jadi". Lama kelamaan nanti korang akan faham .......... kenapa "Be Sempoi". 

Bukan SEO semata mata.........


Semalam aku terima 'result blood test' di klinik swasta. Doktor wanita tu beritahu result tu okay je. Tak perlu risau sangat.  

Tapi aku rasa macam x syok sebab bacaan Total Cholestrol tu , 4.7 , HDL 1.41 , LDL 2.6.

Kalau di IJN memang aku kena marah ni , sebab 3 stent dah ada dalam saluran pada jantung aku.

Apa nak buat ni ? Macam mana nak buang kolestrol yang ada ni kepada bacaan 2.0 sebelum 10 Ogos ?

Adui .........!

Semalam juga sampai satu bungkusan produk yang aku beli sebagai persediaan menghadapi situasi bacaan kolestrol 4.7 ni.


Ulasan

Catatan Popular