Mengapa Be Sempoi Ingin Mencuba B-fl ?
Salam sejahtera ,
Ini post kedua untuk hari ini.
Mengapa aku ingin mencuba B-fl ?
Aku mempunyai masalah saluran jantung yang sempit akibat tempelan plak (kolestrol) pada tiga saluran darah dijantung. Masalah ini dikesan sejak Julai 2019 secara tidak sengaja.
Kemudian aku menjalani proses angioplasti sebanyak 2 kali. kali pertama berjaya, kali kedua gagal.
Kemudian aku menjalani satu lagi proses dikenali sebagai Myocardial Perfusion Scan iaitu ujian tekanan nuklear untuk prosedur pengimejan yang menggunakan sejumlah kecil bahan radio aktif yang disuntik kedalam vena dan imej jantung dirakam untuk menunjukkan tahap aliran darah ke dalam otot jantung semasa tempoh rehat dan aktiviti.
Ujian ini dibuat kerana ada seorang doktor berkata , " .... you're lucky, your heart doing bypass by itself ..."
"Hah ........ apa tu?"
" Kami tak perlu buat pembedahan bypass untuk pakcik, jantung pakcik sudah buat bypass sendiri...."
Seorang lagi doktor menyampuk, " kami agak la, jantung pakcik sudah bina sendiri satu saluran baru."
Oooo ...
Keputusan ujian itu mengiyakan pendapat kumpulan doktor tersebut.
Sejak itu aku sering berulangalik ke pusat rawatan tersebut setiap tiga bulan, kemudian dijarakkan kepada enam bulan sekali. Sekarang, aku perlu ke pusat rawatan tersebut lapan bulan sekali.
Setelah empat tahun aku menelan ubat ubat yang diberi oleh kumpulan doktor ini, aku jadi muak.
Kesihatan tidak menjadi semakin baik. Aku perlu kurangkan kebergantungan kepada ubat ubatan ini.
Aku perlu cari rawatan /ubat alternatif.
Pada hujung bulan Jun, aku terjumpa satu video di Tiktok yang bercerita pasal B-fl. Aku mula melakukan pencarian maklumat B-fl. Semasa mencari maklumat B-fl , aku terjumpa satu lagi produk iaitu 'far infra red pant'.
Mengapa Be Sempoi ingin mencuba B-fl ?
Berdasarkan puluhan video testimoni B-fl yang aku tonton , mereka mengatakan bahawa :
1. B-fl mampu membersihkan saluran darah kerana produk ini mempunyai L-Arginine. Apa fungsi L- Arginine. Baca kat sini.
2. Produk ini mengandungi Koenzim Q10. Dikatakan ia mampu meningkatkan kekuatan dan tenaga jantung serta mengawalatur kontraksi jantung.
Betul ke apa yang aku jumpa tu ? Betul atau tidak, aku mesti cuba dulu ..... untuk mendapatkan bukti.
Aku tertarik pada fakta yang pertama tu. Jika saluran darah aku bersih tanpa plak pastinya aliran darah menjadi lancar dan jantung serta organ lain dapat berfungsi dengan sempurna. Oksigen dan semua nutrien dapat dibekalkan keseluruh badan dengan cukup. InsyaAllah tidak akan berlaku penyakit kronik.
Fungsi produk far infra red pant yang aku jumpa :
1. FIR pant dikatakan mampu menyokong bentuk dan kedudukan tulang pinggul kerana tulang pinggul adalah tonggak tulang belakang. Pada tulang belakang terkumpul sistem saraf (saraf tunjang) manusia. Sebarang gangguan kepada saraf tunjang akan menimbulkan rasa tidak selesa pada tubuh.
Ulasan
Catat Ulasan